PI Kg. Bandong - Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi Pasca UPSR

28 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2019, Jumaat, Pusat Internet (PI) Kampung Bandong dengan kerjasama PI Bawang Assan dan PI PPR Seduan Rantau Panjang telah menjalankan Taklimat Keselamatan Siber dan Advokasi untuk murid-murid Tahun 6 di SK Abang Ali , Sibu.

Seramai 111 orang pelajar yang telah menghadiri taklimat tersebut yang bermula dari jam 9:30 am sehingga jam 10:00 am di bertempat di bilik komputer SK Abang Ali.
Antara pengisian program adalah pengenalan kepada Pusat Internet, Program Advokasi dan pertandingan kuiz. Topik-topik yang dikongsikan ialah buli siber, terlebih kongsi, penyebaran maklumat palsu dan panduan keselamatan komputer.

Program berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali